Friday, July 28, 2017
vital-top
updated 4:09 AM UTC, Jul 28, 2017

Syarikat Tempatan Terlibat MRT SBK Diharap Teroka Pasaran Baharu

KAJANG - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap syarikat-syarikat tempatan, termasuk syarikat bumiputera yang terlibat dengan projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK), menggunakan pengalaman mengendalikan projek itu untuk menerokai peluang pasaran baharu.

Perdana Menteri berkata kejayaan melaksanakan projek mega itu telah membuktikan syarikat-syarikat terbabit berupaya dan mampu bersaing bukan hanya dalam negara, tetapi juga di peringkat antarabangsa. 

Perdana Menteri menegaskan bahawa projek itu adalah permulaan kepada lebih banyak projek lain akan datang.

 

 

Sumber : BERNAMA