Logo

Inisiatif struktur semula ekonomi negara diperhebat

KUALA LUMPUR - Kerajaan komited melaksana pelbagai inisiatif untuk menstruktur semula ekonomi negara, agar lebih progresif, berlandaskan pengetahuan dan memerkasa rakyat.

Jelas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ke arah itu, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu mejadi pemacu kepada hasrat kerajaan itu.

Syarikat pelaburan milik kerajaan perlu diuruskan secara profesional dan tidak menganggu-gugat budaya persaingan sektor swasta sedia ada.

Tun Dr Mahathir juga menyeru syarikat korporat lain untuk turut bersama dalam mewujudkan nilai dan kekayaan negara.

Mereka perlu diperkukuh dalam melahirkan lebih banyak bakat baharu yang diperlukan sektor awam dan swasta.

Perdana Menteri berucap pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019, yang bertemakan "Rebooting Corporate Malaysia".

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.