Logo

Johor batal Bazar Ramadan

JOHOR BAHRU, 2 April - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah penganjuran Bazar Ramadan pada tahun ini tidak akan dilaksanakan, ekoran penularan COVID-19 dalam negara.

Penganjuran bazar tersebut dilihat mampu meningkatkan risiko untuk berlakunya kontak rapat kepada masyarakat.

Menerusi laman Facebook miliknya, baginda turut bertitah, penularan COVID 19 secara berleluasa akan memberi kesan terhadap usaha kerajaan membasmi pandemik tersebut.

Malah penularan wabak tersebut juga mampu merencatkan sistem rawatan sekiranya
pasukan perubatan terkesan dengan peningkatan kes semasa bazar dianjurkan.

Susulan itu, Sultan Ibrahim menyeru orang ramai agar tidak memandang ringan terhadap arahan serta nasihat daripada pihak berkuasa.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.