Wednesday, November 20, 2019
updated 12:35 PM UTC, Nov 20, 2019

Kerajaan sasar RM2.5 juta jualan menerusi Program DesaMall @KPLB

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA - Sebanyak RM2.5 juta jualan pelbagai produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar, disasar menerusi Program DesaMall @KPLB sehingga hujung tahun ini.

Jelas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun, pengiktirafan DesaMall@KPLB sebagai kedai rasmi di platform e-dagang terkemuka negara berupaya memperluas kebolehcapaian produk kepada pengguna, seterusnya meningkatkan prestasi jualan usahawan.

Beliau menjelaskan demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara syarikat e-lokal sendirian berhad dengan syarikat Lazada dan Shopee di Putrajaya.

Menerusi pengiktirafan kedai rasmi itu juga, produk usahawan DesaMall@KPLB bakal menembusi pasaran global seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Vietnam dan Thailand.

Kementerian turut mensasarkan 5,000 usahawan yang mendaftar di bawah program DesaMall@KPLB sehingga penghujung 2019 berbanding berbanding 1,200 usahawan berdaftar setakat ini.