Tuesday, June 2, 2020

updated 10:16 AM UTC, Jun 2, 2020

Pakej PRIHATIN: Tidak bebankan kedudukan kewangan negara dalam tempoh sederhana

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 28 Mac - Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion dibuat selepas mengambil kira keupayaan fiskal negara.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, walaupun melibatkan peruntukan besar, kerajaan yakin ia tidak akan membebankan kedudukan kewangan negara dalam tempoh sederhana.

Pelaksanaan PRIHATIN juga mampu mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara dalam tempoh mencabar ketika ini.

Inisiatif yang diumumkan termasuk program subsidi upah akan memberi kesan gandaan yang besar bagi tempoh beberapa bulan sekali gus mengelak isu pemberhentian kerja secara besar-besaran.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu program Bicara Naratif.