Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

Pemegang insurans, takaful boleh manfaatkan dana khas ujian saringan COVID-19 di hospital swasta

  • Published in Ekonomi

 

KUALA LUMPUR, 28 Mac - Presiden Prudential Life Insurance Agency Association Malaysia (PRULIA), Mani Raja Chandran berharap pencarum memanfaatkan sepenuhnya inisiatif dana khas bernilai sehingga RM300 untuk menanggung kos ujian saringan COVID-19 bagi setiap pemegang insurans dan sijil takaful di hospital atau makmal swasta.

Inisiatif melibatkan peruntukan keseluruhan RM8 juta itu dilihat mampu membantu mengurangkan beban tugas dan sumber yang ditanggung oleh fasiliti kesihatan awam yang dipenuhi pesakit selain kes COVID-19.

Beliau turut menambah, pencarum yang terjejas sumber pendapatan akibat wabak ini juga boleh menikmati fleksibiliti pembayaran premium.

Ia meliputi penangguhan 3 bulan premium insurans atau sumbangan untuk takaful keluarga.