Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Bank Muamalat Sasar Pertumbuhan Pembiayaannya Kembang 10 Peratus

KUALA LUMPUR - Bank Muamalat menyasar pertumbuhan pembiayaannya tahun ini berkembang 10 peratus mencecah 3 bilion ringgit, berbanding 2 bilion ringgit tahun lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Reza Shah Abdul Wahid, bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, Bank Muamalat telah meluluskan pembiayaan bernilai 400 juta ringgit.

Beliau yakin sasaran itu mampu dicapai melalui strategi pemasaran agresif yang memberi tumpuan kepada pelanggan sedia ada bank itu.


Tambahnya, daripada jumlah 3 bilion ringgit itu, 60 peratus pembiayaan tertumpu kepada segmen pengguna manakala selebihnya segmen korporat.

Beliau ditemui media pada majlis berbuka puasa Bank Muamalat bersama kanak-kanak istimewa dan anak yatim piatu dari Madrasah dan sekolah tahfiz terpilih.

(Sumber - Dalet Beritartm)