Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

Pejabat LHDN di seluruh negara tutup

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 Mac - Semua premis Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di seluruh negara ditutup sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Pegawai-pegawai LHDNM telah diarah melaksanakan tugasan dari rumah untuk mengelak risiko jangkitan wabak COVID-19.

LHDNM dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya akan memastikan kes-kes percukaian segera diberi perhatian sewajarnya.

Maklumat lanjut berkaitan urusan percukaian dalam tempoh PKP ini boleh diperolehi dengan melayari portal rasmi LHDN.