Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Perjanji RCEP bakal ditandatangi tahun depan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Perang perdagangan antara Amerika dan China tidak akan memberi kesan kepada inisiatif perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dijangka ditandatangani pada tahun hadapan.

Ini kerana rundingan dan agenda berkaitan RCEP hanya melibatkan 10 negara ASEAN dengan enam negara rakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) iaitu Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, India dan China.

Namun, jelas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Dr Ong Kian Ming, hubungan perdagangan anggota RCEP dan China ketika ini adalah baik.

Pada masa sama, tetap terbuka dengan hubungan dagang dengan Amerika serta Eropah.

Perjanjian RCEP dijangka ditandatangani tahun depan jika rundingan itu dapat dimuktamad pada mesyuarat yang dijadualkan berlangsung di Bangkok bulan depan.

Dr Ong menjelaskannya selepas merasmikan Forum Asia Pasifik 2019 di ibu negara.

Hasil forum berkenaan akan dinilai kesesuaiannya untuk digunapakai oleh MITI bagi persediaan Kuala Lumpur sebagai sekretariat dan hos persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada tahun hadapan.

Forum yang dianjurkan secara bersama oleh Yayasan Ekonomi Jepun dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, bertujuan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dalam rantau Asia Pasifik menerusi perbincangan dan pertukaran maklumat.