Logo

COVID-19: Pakej bantu rakyat bakal diperkenal

KUALA LUMPUR, 26 Mac - Kerajaan mampu menghadapi krisis penularan wabak COVID-19 walaupun kedudukan ekonomi dunia tidak menentu ketika ini.

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, kerajaan akan menumpukan sepenuh perhatian agar usaha-usaha yang dijalankan dapat menstabilkan seterusnya mengukuhkan kembali ekonomi negara.

Kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin cukup berpengalaman dan dibantu oleh urusetia semua kementerian yang telah ditubuhkan.

Selain itu gandingan pelbagai pihak termasuk kerajaan pusat, kerajaan negeri dan pihak bank juga turut memainkan peranan dalam membantu rakyat dalam menghadapi krisis ekonomi seterusnya penularan COVID-19 ini.

Tambah beliau Kerajaan pusat juga bakal membentangkan beberapa pakej bagi tujuan sama Jumaat ini.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu untuk program Bicara Naratif yang disiarkan secara langsung di TV1.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.