Wednesday, November 20, 2019
updated 12:18 PM UTC, Nov 20, 2019

Johor dapat kekalkan negeri pengeksport kedua terbesar, selepas Pulau Pinang

  • Published in Ekonomi

JOHOR BAHRU - Kewujudan tiga pintu keluar masuk negara melalui Johor, menyaksikan negeri di selatan tanah air itu, masih konsisten membantu aktiviti perdagangan eksport ke negeri itu.

Melihat perkembangan positif itu, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, yakin Johor dapat mengekalkan negeri pengeksport kedua terbesar, selepas Pulau Pinang.

Antara produk eksport utama Johor termasuk bahan kimia, jentera, minyak, sayur-sayuran dan lemak binatang.

Dalam pada itu, katanya, pembukaan Muar Furniture Park tidak lama lagi mampu menjadi penyumbang eksport perabot terbesar negara.

Tahun lepas, Johor muncul negeri pengeksport kedua terbesar negara dengan jumlah eksport direkodkan, RM257.67 bilion selepas Pulau Pinang yang merekodkan nilai eksport sebanyak RM288.84 bilion.

Beliau berucap semasa perasmian Hari Eksport Johor di Persada Johor, Johor Bahru, anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, MARTRADE.