Sunday, 27 September 2020

updated 12:39 PM UTC, Sep 27, 2020

Sistem Perbankan Malaysia berada pada kedudukan kukuh berdepan cabaran COVID-19

  • Published in Ekonomi



KUALA LUMPUR, 25 Mac
- Sistem Perbankan Malaysia berada pada kedudukan yang kukuh dalam menyokong akitiviti pembiayaan walaupun berdepan cabaran susulan penularan COVID-19.

Dalam satu kenyataan, Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan, terdapat penampan modal lebihan yang melebihi paras minimum pengawalseliaan sebanyak RM119.7 bilion setakat akhir Januari tahun ini.

Oleh itu, institusi perbankan akan dibenar menggunakan penampan modal dan penampan mudah tunai mereka yang terkumpul sejak sekian lama bagi menyokong kegiatan pemberian pinjaman.

Dalam pada itu, BNM akan terus membekalkan mudah tunai harian ringgit kepada bank-bank melalui pelbagai alat di bawah operasi pasaran terbuka bank.

Ini meliputi pembelian terus sekuriti kerajaan, swap pertukaran asing, repo berbalik dan kemudahan pinjaman.

Bank juga telah mengambil langkah awal untuk menambah mudah tunai melalui pengurangan nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) sebanyak 100 mata asas baru-baru ini.

BNM akan terus memantau rapi perkembangan dan memastikan mudah tunai dalam sistem kewangan adalah mencukupi setiap masa.

BNM juga telah mengkaji semula aktiviti pengawal seliaan dan penyeliaan yang dirancang bagi 2020 untuk memudahkan pematuhan dan operasi terhadap institusi perbankan.