Friday, June 5, 2020

updated 3:20 AM UTC, Jun 5, 2020

Laksanakan PRE 2020 untuk bantu kontraktor Bumiputera G1 yang terkesan Covid-19

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 25 Mac - Pelaksanaan projek-projek kecil yang berjumlah RM2 bilion di bawah langkah tambahan memperkukuhkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE 2020) perlu dilaksanakan secepat mungkin.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan berkata, langkah itu perlu bagi membantu golongan kontraktor bumiputera terutama kontraktor G1 yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

Jelasnya, kerajaan perlu mengambil langkah bagi membantu 25,000 kontraktor G1 selepas Perintah Kawalan Pergerakan agar dapat memulihkan pendapatan mereka.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Setakat ini, kontraktor G1 hingga G7 sepenuh masa di Malaysia berjumlah 51,000 orang.

Mereka kini tidak bertugas dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.