Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Minyak biodiesel B20 akan digunakan di Langkawi mulai awal tahun depan

  • Published in Ekonomi


SELANGOR - Penggunaan minyak biodiesel B20 akan dilaksanakan secara berperingkat di Malaysia bermula di Langkawi, Kedah awal tahun depan.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, usaha kini digerakkan untuk menyediakan fasiliti termasuk depoh minyak biodiesel yang boleh menyimpan biodiesel B30 apabila dilaksanakan kelak.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis pelepasan peserta yang memandu kenderaan Euro 5 mengunakan biodiesel B20 dalam projek usaha sama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Persatuan Pengeluar Automotif Jepun (JAMA).

Selain itu juga, beliau turut mengumumkan kerjasama MPOB dengan enam universiti tempatan antaranya Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ia bagi menjalankan kajian sistematik selama dua setengah tahun terhadap penggunaan biodiesel sehingga B30 bagi enjin berteknologi Euro IV/4 ke bawah.

Kajian membabitkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta.