COVID-19 : Semua trafik ke Alor Setar ditutup



ALOR SETAR, 21 Mac
- Semua laluan menghala ke arah pusat bandar raya Alor Setar ditutup bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Laluan tersebut ditutup berikutan masih ramai didapati enggan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata, Penutupan laluan terbabit bermula pukul 9 pagi -1 tengah hari, kemudian ditutup semula pada pukul 2.30 sehingga tempoh perintah berkuatkuasa.

Antara laluan ditutup adalah Jalan Simpang Kuala, Jalan Tanjung Bendahara, Jalan Langgar, Jalan Telok Wanjah, Jalan Tun Razak dan Lebuhraya Sultanah Bahiyah.

Tinjauan krew RTM mendapati anggota polis memasang penghadang dan kon keselamatan bagi menghalang pengguna melalui semua jalan berkenaan.

Orang ramai diingatkan tidak keluar kemana-mana dan sekatan jalan raya akan dipergiatkan dan kemungkinan banyak lagi laluan di pinggir bandar akan ditutup.