Tuesday, October 22, 2019
updated 1:50 AM UTC, Oct 22, 2019

Khazanah tiada hasrat jual PLUS,MAHB

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd tidak berhasrat melepaskan pegangannya dalam PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pengarah Urusannya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata pelaburan dalam kedua-dua aset itu memberi pulangan berterusan kepada dana pelaburan strategik negara itu.

Datuk Shahril tidak menafikan banyak pihak berminat untuk membeli kedua-dua aset itu memandangkan ia menjana keuntungan besar.

Tambahnya, sekiranya PLUS dijual kepada syarikat swasta, ia HANYA akan menguntungkan satu pihak sahaja.

Beliau menyatakan demikian dalam satu temubual eksklusif bersama RTM mengenai prospek dan masa depan Khazanah.