Sunday, 27 September 2020

updated 12:39 PM UTC, Sep 27, 2020

Nelayan Kuala Selangor terjejas teruk ekoran Covid-19

  • Published in Ekonomi

KUALA SELANGOR, 20 Mac - Penularan wabak Covid-19 turut memberi kesan kepada nelayan di Kuala Selangor.

Bukan sahaja aktiviti mereka terjejas, pendapatan harian mereka juga merosot teruk.

Aktiviti nelayan di Kuala Selangor berkurangan lebih 50% terutama sejak dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan, bagi membendung penularan virus Covid-19.

Ramai nelayan, ahli Persatuan Nelayan Kawasan PNK bimbang untuk ke laut, tetapi mereka tiada pilihan.

Pelanggan juga sudah mula peka dengan bahaya virus Covid-19 dan takut untuk membeli hasil tangkapan Nelayan.

Justeru, Ahli Lembaga Pengarah PNK Kuala Selangor, Omar Abdul Rahman meminta pihak berkaitan termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, supaya membantu golongan nelayan yang tergolong dalam kategori B40.