Tuesday, March 31, 2020

updated 2:27 PM UTC, Mar 31, 2020

ZPP sediakan RM3 juta kepada penjaja kecil terkesan Covid-19

  • Published in Ekonomi

BUKIT MERTAJAM, 20 Mac - RM3 juta diperuntukan Zakat Pulau Pinang (ZPP) kepada peniaga dan penjaja kecil yang terkesan susulan Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan.

Menerusi peruntukan itu, setiap peniaga dan penjaja kecil, masing-masing layak menerima RM500.

Mereka yang layak boleh membuat permohonan menerusi kariah masjid masing-masing dengan antara syaratnya, pemohon mesti menjalankan perniagaan sepenuh masa.

Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi laman sesawang www.zakatpenang.com atau hadir sendiri di pejabat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Zakiyuddin berkata, Zakat Negeri turut memperuntukkan RM300,500 kepada hampir 700 masjid dan surau di Pulau Pinang untuk melaksanakan pembersihan dan proses nyahkuman.