Tuesday, March 31, 2020

updated 2:27 PM UTC, Mar 31, 2020

COVID-19 tidak jejas sektor pengangkutan awam

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 17 Mac - Sektor pengangkutan tidak terganggu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan. Semua perkhidmatan tren dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) beroperasi seperti biasa.


Ketua Pegawai Operasinya, Muhammad Nizam Alias, memaklumkan pihaknya bakal mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan, sebelum mengambil sebarang langkah berkaitan jadual perjalanan tren dan bas kendalian PRASARANA.

Pusat Konsesi Hab Bas Pasar Seni dibuka seperti biasa untuk kemudahan golongan OKU, pelajar dan warga emas mendapatkan diskaun 50% untuk perjalanan.

Perkhidmatan tren LRT Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang / Sri Petaling, MRT Laluan Sungai Buloh - Kajang, Laluan Monorel, Bas Rapid Transit laluan Sunway, dan bas Rapid KL termasuk Rapid Penang, Rapid Kuantan, Rapid Kamunting dan Rapid Manjung akan beroperasi seperti biasa dengan kekerapan jadual hari bekerja.