Logo

FAMA komited kurangkan import sayur,buah

KUANTAN - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) komited untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import hasil pertanian yang kini mencecah RM50 billion.

Justeru, usaha akan terus mempergiat dalam melaksanakan projek tanaman ladang kontrak bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara memandangkan permintaan hasil pertanian lebih tinggi ketika ini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi FAMA, Mohd Anis Mohd Yasin berkata, daripada jumlah itu pihaknya memfokuskan untuk menyasarkan pengurangan import sayur-sayuran dan buah-buahan yang kini mencecah RM9 billion ketika ini.

Beliau turut menyarankan orang ramai berdaftar dengan FAMA bagi menyertai projek tanaman ladang kontrak sebagai usaha mengurangkan lagi kebergantungan kepada hasil pertanian yang diimport.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Jelajah Promosi Produk Segar Pertanian Di Bawah Program Ladang Kontrak di ruang legar pusat beli-belah Berjaya Megamall di Kuantan.

Jelajah selama empat hari itu membabitkan 25 usahawan produk pertanian, hiliran dan makanan popular.

Dalam pada itu nilai hasil Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) 2019 sehingga 31 Ogos lalu mencatatkan 4 juta ringgit daripada 422 program dijalankan membabitkan 756 peserta.

Menerusi program tersebut, pengguna boleh mendapatkan pelbagai produk pertanian lebih berpatutan iaitu antara lima hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.