COVID 19 : EURO 2020 ditangguh - FIGC

ROME, 16 Mac - Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) bertindak menangguhkan aksi EURO 2020.

Ia bagi memberi ruang kepada negara itu melengkapkan perlawanan Serie A musim ini yang telah digantung berikutan penularan COVID-19.

Presiden FIGC, Gabriele Gravina mengusulkan cadangan berkenaan kepada UEFA dalam satu mesyuarat tergempar Selasa lalu.

Katanya, organisasi berkenaan telah meletakkan tarikh tertentu untuk melengkapkan aksi yang telah ditangguhkan.

Gravina berharap liga musim ini dapat bermula dan meletakkan 3 April depan sebagai tarikh penjadualan semula.

Liga Serie A Itali digantung beberapa hari lalu, serentak dengan beberapa lagi aksi di seluruh dunia.