Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

Industri Automatif Berdepan Impak Negatif Jika Tidak Sertai TPPA

  • Published in Ekonomi

Kuala Lumpur - Industri automotif negara berdepan impak negatif dalam jangka masa panjang, jika tidak menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik TPPA.

Naib Presiden Mobiliti Frost & Sullivan, Vivek Vaidya berpendapat, penyertaan awal dalam TPPA akan membantu syarikat automotif tempatan mengakses pasaran yang luas selain mendapat manfaat daripada pemindahan kemahiran dan teknologi.

Vivek bercakap pada taklimat Unjuran Automotif Malaysia 2016 anjuran Frost & Sullivan.

Firma penyelidikan pasaran itu turut menjangkakan jualan keseluruhan kenderaan (T-I-V) tahun ini menurun sebanyak 1.44 peratus menjadi 648,000 unit.

Ia dipengaruhi tekanan ekonomi, penyusutan ringgit, kenaikan harga dan kelulusan kredit yang lebih ketat.