Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

Khazanah Nasional Berhad bakal muktamadkan 4 syarikat penerbangan yang berminat untuk bekerjasama dengan Malaysia Airlines Bhd pada penghujung tahun ini

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Berhad bakal memuktamadkan 4 syarikat penerbangan yang berminat untuk bekerjasama dengan Malaysia Airlines Bhd pada penghujung tahun ini.

Nama syarikat penerbangan yang disenarai pendek itu akan diserahkan kepada kerajaan untuk pertimbangan seterusnya.

Ikuti laporan eksklusif, Kamal Firmanshah Kamaluddin yang berpeluang menemuramah Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Datuk Shahril Ridza Ridzuan untuk mengupas lebih lanjut mengenai masa depan Malaysia Airlines Bhd.

Jelas Datuk Shahril Ridza, setakat ini pihaknya sedang mengkaji kertas cadangan daripada 20 syarikat penerbangan yang berminat menjalin kerjasama dengan M-A-B

 Beliau bersetuju dengan pandangan diutarakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa M-A-B kekal sebagai syarikat penerbangan negara, namun operasinya tidak semestinya diuruskan sepenuhnya oleh kerajaan.

Menyentuh mengenai cadangan beberapa pihak untuk menggabungkan dua syarikat penerbangan MAB dan AirAsia, ini jawapan beliau.

Jelasnya, MAB perlu bergerak seiring dengan lanskap serta permintaan pasaran yang berubah, untuk memastikan syarikat penerbangan negara itu terus kekal relevan dan mampu berdaya saing dengan pemain industri lain.