Wednesday, 23 September 2020

updated 12:40 PM UTC, Sep 23, 2020

Wujudkan dasar pembangunan ekonomi baharu dan komprehensif bagi tangani cabaran semasa

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 16 Mac - Kerajaan perlu segera mengadakan perbincangan bagi mewujudkan dasar pembangunan ekonomi baharu dan komprehensif.

Jelas Penganalisis Ekonomi, Dr Mohammad Tawfik Yaakub langkah itu penting dalam menangani cabaran ekonomi semasa.

Perbincangan perlu melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beliau yang ditemui RTM, mengulas mengenai perlunya kerajaan baharu bertindak segera bagi menstabilkan ekonomi negara.

Kini ekonomi seluruh dunia termasuk Malaysia menerima impak daripada perang perdagangan Amerika Syarikat-China yang berlarutan, ketidaktentuan harga minyak mentah dan penularan Covid-19.