Saturday, March 28, 2020

updated 1:48 PM UTC, Mar 28, 2020

Tawaran 70% potongan harga di Langkawi

  • Published in Ekonomi

LANGKAWI, 16 Mac - Para pengunjung di Pulau Langkawi akan menikmati potongan harga sebanyak 70 peratus untuk pelbagai sektor.

Langkah berkenaan bagi merancakkan kembali industri pelancongan yang terkesan akibat COVID-19.

Menurut Pengurus Bahagian Pelancongan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Azmil Munif, ia melibatkan barangan bebas cukai, pusat tarikan pelancong, perkhidmatan serta penginapan hotel.

Beliau menambah, tawaran itu hanya akan dinikmati oleh mereka yang melawat Langkawi dari 13 Mac hingga 12 Mei 2020.