Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Langkawi terus bebas dari COVID-19

  • Published in Ekonomi

LANGKAWI, 16 Mac - Pulau Langkawi masih bebas dari ancaman pandemik Covid-19.

Orang ramai yang merancang untuk bercuti tidak perlu risau untuk ke pulau itu kerana masih selamat untuk dikunjungi.

Menurut Presiden Pertubuhan Industri Pelancongan Langkawi, Ahmad Pishol Ishak, semua pemain industri di Langkawi mengambil langkah penjagaan dengan baik untuk memastikan aspek kebersihan terjaga.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Perbincangan Promosi Langkawi Semasa Wabak COVID-19.

Sebanyak 20 cadangan dikemukakan pemain industri yang hadir pada majlis itu untuk diusulkan kepada kementerian dan kerajaan negeri.

Ahmad Pishol turut berharap, Kementerian Pelancongan bertindak segera dengan mempromosikan Langkawi sebagai pulau selamat dikunjungi menerusi pelbagai medium termasuk media sosial.