Saturday, March 28, 2020

updated 1:48 PM UTC, Mar 28, 2020

Pelbagai usaha dilakukan pastikan sektor pelancongan domestik terus berkembang

  • Published in Ekonomi

 

KUALA LUMPUR, 15 Mac - Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan sektor pelancongan domestik terus berkembang menerusi penganjuran program berskala kecil serta teknik promosi dalam talian.

Tegas Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Noor Zari, kementerian tidak berdiam diri, sebaliknya terus menilai mekanisme terbaik menerusi siri perbincangan dengan agensi tertentu serta pemain industri terlibat.

Beliau mengulas perkara itu selepas hadir pada program Semarak Muzium di ibu negara.

Tambah Datuk Dr. Noor Zari, beberapa langkah pencegahan wabak, menjadi syarat bagi setiap penganjuran seperti ujian saringan kesihatan, pemakaian penutup hidung dan mulut serta penyediaan cecair pembasmi kuman.

Dalam Perutusan Khas baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, negara mengalami kerugian RM3.37 bilion sejak Januari lalu susulan penularan wabak Covid-19.