Wednesday, 23 September 2020

updated 12:40 PM UTC, Sep 23, 2020

Pelbagaikan sumber pendapatan negara atasi cabaran ekonomi

  • Published in Ekonomi

SELANGOR, 15 Mac - Mempelbagaikan sumber pendapatan negara langkah terbaik bagi menangani cabaran ekonomi yang tidak menentu.

Penganalisis Ekonomi, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff menyatakan kerajaan perlu fokus terhadap pembangunan sektor biodiesel dan pendigitalan dan tidak bergantung kepada hasil minyak.

Jelas Prof Madya Dr Ahmed Razman susulan penurunan harga minyak dunia, situasi tersebut turut menyusutkan pendapatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ketika ini sumber minyak menyumbang 30.9% kepada KDNK negara.

Beliau yang ditemui RTM turut menjangkakan harga minyak dunia kekal rendah sehingga mencecah U$D 20 setong berbanding USD 32 setong ketika ini.

Harga paras rendah itu disasarkan sekurang-kurangnya dua bulan ini ditambah dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat di peringkat global.