Logo

SIC tangguh semua acara sehingga diberitahu kemudian

SEPANG, 14 Mac - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengambil pendekatan menangguhkan semua acaranya.

Sepanjang tempoh berkenaan beberapa kejohanan terjejas terpaksa di tunda.

Antaranya Asia GT, Malaysia Speed Festival (MSF) dan Desmo Cup yang dijadual pada 14 dan 15 Mac, pusingan pertama dan kedua Kejohanan Siri Malaysia (MCS) pada 27 hingga 29 Mac serta Kejohanan Superbike Malaysia dari 2 hingga 5 April.

SIC akan berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) bagi mendapat maklumat lanjut berkenaan Covid 19.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.