Tuesday, October 22, 2019
updated 1:50 AM UTC, Oct 22, 2019

Fintech mampu majukan kewangan Islam

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Teknologi Kewangan (Fintech) boleh memajukan kewangan Islam dalam meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menjadikan sektor itu lebih berdaya saing.

Walaupun sering dilabel sebagai ancaman kepada kewangan Islam, Fintech sebagai pelengkap perkhidmatan untuk mencapai pasaran yang lebih besar.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Dato Wira Amiruddin Hamzah golongan muda boleh mengambil peluang untuk beralih ke industri kewangan dan berpeluang untuk membina perniagaan sendiri.

Tambahnya lagi, kerajaan telah menyediakan pelbagai institusi dan inisiatif untuk menyokong syarikat permulaan untuk berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Sulit Kanannya, Muhammad Fikri Ahmad dan seterusnya merasmikan Global Islamic Fintech 2019 di Kuala Lumpur.