Logo

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ditangguhkan

KUALA LUMPUR, 14 Mac - Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang dijadual dari 6 hingga 11 April nanti ditangguhkan berikutan situasi semasa wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Paimuzi Yahya dalam satu kenyataan di Facebook berkata, tarikh baharu Majlis yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu akan dimaklumkan kelak.

Tindakan itu susulan keputusan kerajaan agar semua perhimpunan termasuk acara yang melibatkan penyertaan dalam dan luar negara ditangguhkan.

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran yang diselia JAKIM merupakan acara tahunan sejak 61 tahun lalu dan mendapat penyertaan 60 buah negara dari seluruh dunia.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.