Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Produk teknologi tempatan bakal ditambahbaik untuk bersaing pasaran antarabangsa

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia komited menambahbaik penjenamaan serta meningkatkan kemampuan pasaran aplikasi dan produk teknologi tempatan untuk menembusi pasaran global.

Ujar Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith, ia dapat dicapai menerusi penambahbaikan rangkaian infrastruktur Malaysia melalui National Fiberisation and Connectivity Plan, NFCP dan rangkaian 5G.

Beliau berucap dalam Persidangan Ekosistem Malaysia Huawei (HMEC) 2019 di ibu negara.

Mengulas lanjut, Eddin berkata, HMEC satu platform terbaik menghimpunkan pemaju aplikasi tempatan bagi mengetengahkan idea mereka ke peringkat lebih tinggi.

Ia mewujudkan rekaan atau 'pipeline' yang lestari bagi membolehkan pemaju aplikasi muda mencipta aplikasi pada masa akan datang.

Selain itu, HUAWEI turut melaksanakan Program Biasiswa Pemaju Aplikasi HUAWEI.

Untuk permulaan, HUAWEI memberi biasiswa berjumlah RM30,000 masing-masing kepada Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk membangunkan aplikasi bagi kegunaan sistem operasi, O-S baharu ciptaan HUAWEI.