Tuesday, October 22, 2019
updated 1:15 AM UTC, Oct 22, 2019

Pemindahan lokasi ibu negara Indonesia buka peluang sosioekonomi negara

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Pemindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan berpotensi membuka peluang sosioekonomi kepada Malaysia.

Menteri Kerjaya Raya, Baru Bian berkata ia berikutan lokasinya yang strategik serta berdekatan dengan negeri Sabah dan Sarawak.

Idea itu tercetus pada pertemuannya bersama Presiden Indonesia, Jokowi di Anugerah AFEO Distinguished Honorary Fellow 11 September lalu .

Tambah Baru Bian, kementeriannya sudah mengadakan satu pertemuan khas bersama Ketua Menteri Sabah selain mencadangkan pembinaan Infrastruktur TRANS BORNEO menghubungkan dua negara terbabit perlu dilakukan dengan sistematik dan segera.

Sementara itu, KKR turut mencadangkan bajet yang diperlukan kepada kementerian kewangan dalam belanjawan tahun 2020.

Beliau berkata demikian di Angkasapuri.