Logo

Hospital kerajaan di Terengganu pendekkan waktu melawat susulan peningkatan kes Covid-19

KUALA TERENGGANU, 14 Mac - Berkuatkuasa serta merta, semua hospital kerajaan di Terengganu, memendekkan waktu melawat susulan peningkatan kes Covid-19 dalam negara.

Waktu melawat ditetapkan dari pukul 1 tengah hari hingga 2 petang dan 5 petang hingga 7 malam setiap hari, termasuk pada hari bekerja, cuti umum dan cuti am.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus memberitahu perkara itu dalam satu kenyataan, dan keputusan diambil sebagai langkah pencegahan mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pesakit, pelawat dan kakitangan hospital.

Kanak kanak berusia kurang 12 tahun juga tidak dibenar melawat.

Para pelawat yang mempunyai gejala seperti demam, batuk atau selesema pula tidak digalak melawat pesakit.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.