Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

MDEC bantu peniaga tempatan manfaat digital

  • Published in Ekonomi

LANGKAWI - Perbadanan Pembangunan Digital Malaysia (MDEC) giat membantu peniaga tempatan di Langkawi untuk memanfaatkan digital sepenuhnya menjelang negara maju 2020. 

Inisiatif bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) itu diambil bagi menangani cabaran perniagaan dan menggunapakai penyelesaian digital dalam memperoleh faedah-faedah perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata program ini dapat membantu dan membolehkan usahawan tempatan mengunapakai digital dalam meningkatkan kualiti keusahawanan. 

Seramai 100 usahawan tempatan terlibat dalam  program itu yang memberi impak untuk terus meningkatkan tahap kemahiran dan peluang dari aspek perniagaan dalam talian.

Ia turut membuka peluang mengakses pasaran baru, potensi untuk mengurangkan kos operasi selain promosi secara percuma untuk perniagaan.