Saturday, March 28, 2020

updated 1:48 PM UTC, Mar 28, 2020

TH umum agihan keuntungan 3.05 peratus

  • Published in Ekonomi

 

KUALA LUMPUR, 13 Mac - Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat pada kadar 3.05 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

Ia melibatkan agihan berjumlah RM2.1 bilion, dengan hampir 9 juta pendeposit TH akan mendapat manfaat.

Agihan keuntungan itu lebih tinggi berbanding RM0.9 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

TH juga berjaya menjana pendapatan pelaburan berjumlah RM3.3 bilion pada tahun sama.

Agihan keuntungan yang lebih baik didorong prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik berasaskan strategi pelaburan mampan serta langkah pengurusan kos secara berhemat.

Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan agihan keuntungan bermula 16 Mac 2020 menerusi kaunter-kaunter TH dan ATM bank terpilih.

Atau di laman sesawang Thijari dan portal internet Bank Islam, Bank Rakyat serta Maybank.