Wednesday, 23 September 2020

updated 12:40 PM UTC, Sep 23, 2020

CIMB Group Holdings Berhad aktifkan pelan penggantian jawatan CEO

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 13 Mac - CIMB Group Holdings Berhad mengaktifkan pelan penggantian bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan dan CIMB Bank Berhad.

Pelan tersebut bagi menggantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang kini menyertai barisan kabinet kerajaan sebagai Menteri Kewangan.

Menerusi satu kenyataan media, Pengerusi CIMB, Datuk Mohd Nasir Ahmad menyatakan pelan tersebut akan diuruskan Lembaga Pengarah dan tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia.

Pihaknya berharap calon mempunyai prestasi yang baik dan kepakaran strategik bagi menguruskan kumpulan itu terutamanya ketika keadaan pasaran yang mencabar.

Dalam pada itu, pasukan pengurusan kanan, dengan sokongan penuh Lembaga Pengarah akan memastikan perniagaan kumpulan berjalan dengan lancar.

Semua rancangan yang dibentangkan di bawah strategi pertumbuhan jangka pertengahannya, Forward23 juga akan dilaksanakan bagi terus memenuhi keperluan pelanggan.