Sindiket curi kabel, 'Geng Gemok' tumpas

 

KOTA TINGGI, 12 Mac - 5 ahli 'Geng Gemok Bendahara' yang berusia antara 21 hingga 68 tahun, berjaya ditumpaskan polis Johor. Aktif sejak Ogos tahun lalu, sindiket itu mencuri kabel dan bateri pencawang telekomunikasi di sekitar Kota Tinggi.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Maydin Pitchay berkata, kumpulan tersebut menumpukan pencawang di lokasi terpencil dan tidak dikawal sehingga mengakibatkan kerugian bernilai RM 15,000. Kesemua mereka ditahan mengikut seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959, POCA.


Sepanjang Januari hingga kini, seramai 99 individu berjaya ditahan mengikut POCA di Johor melibatkan jenayah kekerasan, harta benda, perjudian dan ah long.