Logo

COVID-19; Amalkan penjarakkan sosial satu meter elak terdedah secara langsung

SEPANG, 11 Mac - Masyarakat disaran mengamalkan penjarakkan sosial yang sesuai apabila berhadapan dengan orang ramai terutama di kawasan tumpuan dan yang berisiko.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan, inisiatif penjarakkan sekurang-kurangnya satu meter antara satu individu dengan individu lain bertujuan mengelak terdedah dengan jangkitan COVID-19.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan pertamanya ke KLIA selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Kesihatan.

Kunjungan bagi meninjau keadaan semasa di pintu masuk utama negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.