Logo

Kerajaan berjaya kurangkan hutang dan liabiliti daripada 79.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) - Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah berjaya kurangkan hutang dan liabiliti daripada 79.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2017 kepada 75.4 peratus pada tahun lalu.

Namun Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyatakan hutang langsung bertambah kepada 51.2 peratus tahun lalu berbanding KDNK 2017, 50.1 peratus.

Melalui satu kenyataan, jelas beliau peningkatan hutang langsung itu susulan kerajaan menolak amalan pembiayaan luar belanjawan bagi menyembunyikan hutang meragukan.

Selepas pentadbiran negara di bawah Pakatan Harapan, semakan semula yang menyeluruh dilaksanakan terhadap obligasi kewangan kerajaan.

Pengesahan terhadap hutang dan liabiliti kerajaan sehingga akhir 2017 adalah sebanyak RM 1.087 trilion.

Angka itu turut disahkan Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang dalam laporan mereka 17 Julai lalu.

Pada masa sama, jaminan kerajaan meningkat disebabkan projek yang sedang diteruskan seperti MRT2, Lebuhraya Pan-Borneo dan LRT3.

Kerajaan sedar bahawa projek-projek tersebut bakal meningkatkan jumlah jaminan kerajaan secara ketara dalam tahun akan datang.

Oleh itu kerajaan berjaya berunding semula kos projek-projek tersebut.

Pengurangan kos untuk tiga projek ini saja dapat mengurangkan jumlah jaminan kerajaan dengan sekurang-kurangnya RM46 bilion.

Guan Eng berkata jumlah kos projek berkenaan berjaya dikurangkan dengan usaha rasionalisasi kerajaan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.