Tuesday, October 22, 2019
updated 1:32 AM UTC, Oct 22, 2019

Belanjawan 2020: Kementerian Pengangkutan harap dapat peruntukan secukupnya perkukuh industri logistik negara

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan sistem pengangkutan awam dan memperkukuh industri logistik negara menjadi fokus Kementerian Pengangkutan.

Menterinya Anthony Loke berharap, menerusi Belanjawan 2020, peruntukan yang secukupnya dapat disalurkan kepada sektor tersebut untuk mencapai hasrat itu.

Beliau mengambil contoh Program MY 50 dan MY 100 yang dilancarkan tahun lepas mendapat sambutan orang ramai.

Katanya, dana yang mencukupi diperlukan bagi meneruskan program seumpama ini.

Anthony Loke juga berhasrat pelaksanaan pembinaan landasan baharu kereta api dari Serendah, Selangor ke Pelabuhan Klang dapat direalisasikan.

Walaupun kos projek masih dalam penilaian antara Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan, pihaknya berharap projek tersebut akan dapat disenaraikan dalam Belanjawan 2020.

Katanya, pelaksanaan projek itu berhubung kait dengan sektor pengangkutan termasuk perkapalan, kereta api, pelabuhan serta pengangkutan darat.