Logo

PERKESO Melaka rekod 17 kompaun setakat Januari tahun ini

BANDARAYA MELAKA, 4 Mac - 17 kompaun dengan nilai keseluruhan RM12,500 direkodkan PERKESO Melaka setakat Januari 2020.

Daripada jumlah itu, 8 merupakan kompaun di bawah Seksyen 4 bagi kesalahan gagal mendaftar perusahaan dan 9 kompaun di bawah Seksyen 5 bagi kesalahan gagal daftar pekerja.

Menurut Pengarah Perkeso Melaka, Abd Razak Omar majikan yang gagal mendaftar perusahaan dan mencarum pekerja boleh didenda sehingga RM10 ribu atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Ops Kesan Perkeso bersama KWSP Peringkat Negeri di Ayer Keroh.

Setakat 31 Disember 2019, seramai 13,483 majikan dan 192,262 pekerja berdaftar di bawah PERKESO Melaka.

Turut didaftarkan 51,672 pekerja asing.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.