Monday, December 9, 2019
updated 5:14 AM UTC, Dec 9, 2019

FPX MYCYBERSALE ASIA 2019 rancakkan sektor e-dagang negara

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Penganjuran program jualan dalam talian terbesar negara FPX MYCYBERSALE ASIA 2019, selama seminggu bermula Sabtu ini, bakal merancakkan sektor e-dagang Malaysia.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith memaklumkan, lebih 1,400 usahawan tempatan terlibat bagi edisi kali ini, meningkat 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Program FPX MYCYBERSALE ASIA 2019 di ibu negara.

Sementara itu, Pengerusi (PIKOM) - Ganesh Kumar Bangah berkata, program yang dianjurkan sejak 2014, merupakan platform terbaik untuk pemain industri tempatan, menembusi pasaran global.

Beliau menjangkakan penganjuran kali ini bakal mencatat nilai dagangan kasar mencecah RM500 juta.

Manakala jumlah eksport pula, RM80 juta.