Tuesday, October 22, 2019
updated 1:15 AM UTC, Oct 22, 2019

Koperasi Vanila Berhad akan ditubuh

  • Published in Ekonomi

TEMERLOH - Koperasi Vanila Berhad akan ditubuh supaya menjadi sebuah entiti bisnes yang menjana keuntungan tinggi serta faedah besar kepada anggota koperasi.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, ini kerana tanaman vanila disifatkan sebagai tanaman emas yang menguntungkan dan boleh menjana pendapatan lumayan kepada
rakyat.

Menurutnya, penubuhan Koperasi Vanila Berhad membolehkan Angkasa membantu dari segi khidmat nasihat, penganjuran kursus, pinjaman dan geran tahunan yang sesuai.

Jelasnya lagi, penanaman vanila memberi pulangan lumayan kepada koperasi atau pengusaha antara 600 ribu ringgit hingga satu juta ringgit semusim dari kawasan tanaman berkeluasan 1 hektar sahaja.

Beliau melawat ke kebun vanila milik Feisal Mohamad Norawi seluas 1 perpuluhan 2 hektar di Kampung Bangau Parit Temerloh Pahang.

Oleh itu 300 pengusaha tanaman vanila di seluruh negara wajar menubuhkan Koperasi Vanila Berhad supaya aktiviti dan perancangan berkaitan vanila disuarakan dalam koperasi.