Tuesday, October 22, 2019
updated 12:55 AM UTC, Oct 22, 2019

Pelaksanaan Kertas Putih Felda berjalan lancar

  • Published in Ekonomi

BENTONG - Pelaksanaan Kertas Putih Felda yang dibentang pada 10 April lalu berjalan lancar.

Peringkat awal melibatkan sesi penerangan kepada warga peneroka.

Timbalan Pengarah Besar FELDA (Pembangunan Komuniti), Anuar Malek berkata, pandangan mereka akan digabungkan dengan kajian kes sebelum pelaksanaannya di selaras di seluruh negara.

Menurutnya, pada masa ini pihaknya telah melakukan sesi penerangan di lapan buah Wilayah Felda di seluruh negara bagi memberi penjelasan mengenai kertas putih berkenaan.

Tambahnya, sesi libat urus di tiga lagi wilayah Felda iaitu Trolak, Johor; Alor Setar, Kedah dan Gua Musang, Kelantan akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Beliau menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kami Anak Felda wilayah Mempaga kali Ke-3 di Kolej Yayasan Felda di Bentong.