Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Nisbah perahan minyak sawit rendah : Tidak beri kesan besar kepada perolehan FGV

  • Published in Ekonomi

FOTO - FGV


KUALA LUMPUR - Cuaca berjerebu ketika ini dijangka bakal mengakibatkan nisbah perahan minyak sawit, OER pada bulan hadapan menyusut sekitar 0.2 sehingga 0.5 peratus.

Walau bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Operasi Sektor Peladangan dan Ketua Kluster Huluan Sawit, FGV Holdings Berhad, Syed Mahdhar Syed Hussain, penyusutan tersebut tidak akan memberi kesan besar kepada perolehan kumpulan.

Ketika ini OER oleh FGV Holdings Berhad adalah kira-kira 20 peratus dan menghasilkan minyak sawit mentah sebanyak 12,000 sehingga 15,000 setan sehari.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Haris Fadzilah Hassan mengesahkan, FGV Holdings Berhad belum menerima sebarang laporan mengenai penglibatan anak syarikatnya dalam pembakaran terbuka di Indonesia yang mengakibatkan jerebu di rantau ini.

Mereka ditemui pemberita pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama diantara anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd, DOP dan DKSH Malaysia Sendirian Berhad di ibu negara.