Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Cuaca berjerebu beri kesan nisbah perahan minyak sawit - FGV Holdings Berhad

  • Published in Ekonomi

 

 

KUALA LUMPUR - Cuaca berjerebu ketika ini dijangka bakal mengakibatkan nisbah perahan minyak sawit, OER pada bulan hadapan menyusut sekitar 0.2 sehingga 0.5 peratus.

Walau bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Operasi Sektor Peladangan dan Ketua Kluster Huluan Sawit, FGV Holdings Berhad, Syed Mahdhar Syed Hussain, penyusutan tersebut tidak akan memberi kesan besar kepada perolehan kumpulan.

Ketika ini OER oleh FGV Holdings Berhad adalah kira-kira 20 peratus dan menghasilkan minyak sawit mentah sebanyak 12 ribu sehingga 15 ribu se-tan sehari.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Haris Fadzilah Hassan mengesahkan, FGV Holdings Berhad belum menerima sebarang laporan mengenai penglibatan anak syarikatnya dalam pembakaran terbuka di Indonesia yang mengakibatkan jerebu di rantau ini.

Mereka ditemui pemberita pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama diantara anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd, DOP dan DKSH Malaysia Sendirian Berhad di ibu negara.