Friday, 24 September 2021

updated 12:20 PM UTC, Sep 24, 2021

11 Ahli Parlimen PKR umum keluar parti

  • Published in Semasa
Foto - FB Azmin Ali

KUALA LUMPUR, 24 Feb - Satu kenyataan media menjelaskan selain Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali, 10 lagi anggota Parti Keadilan Rakyat, PKR ke semuanya Ahli Parlimen telah mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Senarai penuh Ahli Parlimen yang mengumumkan keluar daripada PKR adalah seperti berikut:

1. YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Ahli Parlimen Gombak

2. YB Puan Hajjah Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang

3. YB Dato’ Saifuddin Abdullah
Ahli Parlimen Indera Mahkota

4. YB Baru Bian
Ahli Parlimen Selangau

5. YB Dato’ Kamaruddin Jaffar
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak

6. YB Dato’ Mansor Othman
Ahli Parlimen Nibong Tebal

7. YB Dato’ Rashid Hasnon
Ahli Parlimen Batu Pahat

8. YB Dato’ Seri Dr. Santhara Kumar
Ahli Parlimen Segamat

9. YB Ali Biju
Ahli Parlimen Saratok

10. YB Willie Mongin
Ahli Parlimen Puncak Borneo

11. YB Jonathan Yasin
Ahli Parlimen Ranau

Kenyataan itu menyebut ia bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.