Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Juventus jinakkan SPAL dengan kemenangan 2-1

  • Published in Sukan

ITALI, 23 Feb - Cristiano Ronaldo menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut untuk menyamai rekod dalam saingan Serie A pada penampilan profesionalnya yang ke seribu.

Jaringan itu sekali gus membantu Juventus melakar kemenangan 2-1 ke atas SPAL.

Pemain berusia 35 tahun itu meledak gol pada minit ke-39 bagi menyamai rekod dicipta Gabriel Batistuta dan Fabio Quagliarella.

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu sudah menjaringkan 25 gol dalam semua kejohanan musim ini untuk Juventus termasuk 16 gol daripada 11 perlawanan.

Aaron Ramsey menjaringkan gol kedua buat Juventus pada minit ke-60.

Andrea Petagna menyempurnakan sepakan penalti sembilan minit kemudian buat SPAL namun tidak cukup menyekat kemenangan skuad bimbingan Maurizio Sarri.

Anak buah Sarri kini berada di kedudukan teratas liga dengan kelebihan empat mata di depan Lazio.

Inter Milan pula ketinggalan enam mata di belakang juara bertahan itu