Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Sesi townhall Tourism Malaysia bersama penggiat pelancongan, ambil langkah perlu susulan COVID-19

  • Published in Nasional

 

JOHOR BAHRU, 23 Feb - Susulan penularan COVID-19, sesi townhall bersama pemain industri pelancongan giat dilaksana Tourism Malaysia.

Selain merupakan sesi perbincangan bersama, townhall berkenaan mengambil langkah-langkah perlu dalam memulihkan kembali industri pelancongan yang terjejas.

Jelas Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof; sasaran 30 juta pelancong masih kekal dan bagi melihat kesan menyeluruh akibat COVID-19 terhadap pelancongan ia hanya boleh dilihat pada akhir Mac.

Setakat ini sesi townhall telah diadakan di Sabah, Pulau Pinang dan Johor sebelum ke Selangor dan Kuala Lumpur.

Beliau terdahulu mengadakan lawatan ke Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam, Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, Johor Bahru.

Tourism Malaysia juga katanya terus memperhebat usaha kempen pelancongan dalam negara, Cuti-Cuti Malaysia khususnya menjelang musim cuti sekolah bulan depan.

Pameran-pameran pelancongan turut giat dilaksana berikutan pelancongan domestik juga mampu menjana pendapatan negara.

Pada 2018, pelancongan domestik merekodkan pendapatan RM62 bilion kepada negara.